Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Abang Jo akui ada wakil rakyat GPS jumpa PM



KUCHING - Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli politik pembangkang termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) baru-baru ini.

Jelas Ketua Menteri, wakil GPS menghadiri pertemuan itu dua hari lalu atas jemputan Dr. Mahathir dan parti lain.

"Apa yang berlaku, jemputan daripada Perdana Menteri dan juga komponen parti lain. Mereka hanya mahu berbual, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Bandaraya Kuching sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada ahli politik pembangkang ketika itu menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir untuk mentadbir sehingga tamat penggal ini, Abang Johari memberitahu, beliau tidak mengetahuinya.

"Saya mengetahui pertemuan itu namun tidak tahu apa yang berlaku," jelasnya.

The Star melaporkan wakil pembangkang bertemu Dr. Mahathir bagi meminta beliau terus berkhidmat sepenuhnya penggal ini dan menyatakan tiada sesiapa patut mengambil alih pentadbiran negara ketika dipertengahan jalan.

Ketika ditanya sama ada GPS terlibat dengan soal tempoh perkhidmatan Perdana Menteri itu, beliau memberitahu, GPS hanya mendengar dan datang apabila orang menjemput mereka ke sana.

Pemimpin pembangkang yang hadir termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Samsuri ahmad Mokhtar; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.