Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Abang Johari mahu masyarakat Dayak terlibat dalam pembangunan ekonomi



KUCHING: Masyarakat Dayak harus terus bersatu-padu  dan mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi Sarawak bersama-sama kaum lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak adalah milik semua dan  perlu ditadbirkan serta dibangunkan melibatkan penyertaan semua kaum.

"Bagi saya tidak ada masalah untuk mempunyai parti politik yang berbeza serta mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu perkara.

"Namun apa yang penting ialah semua masyarakat berlainan kaum bersatu sebagai orang Sarawak demi kebaikan negeri ini," katanya dalam perutusan Hari Gawai 2019.

Menjelas lanjut, katanya, di  kawasan pedalaman di mana majoriti masyarakat Dayak tinggal, mereka masih memerlukan jalan, jambatan, bekalan air bersih, sambungan elektrik 24 jam serta sambungan internet.

“Namun, Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertekad untuk memastikan bahawa kawasan di luar bandar mempunyai hubungan yang baik, dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan kapasiti ekonomi berkembang,” katanya.

Abang Johari berkata, Sarawak kini mempunyai pendapatan yang lebih hasil lima  peratus cukai hasil produk minyak dan gas untuk eksport.

"Dana ini akan disalurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan infrastruktur.

“Marilah kita bersatu untuk memastikan kita dapat bersama-sama menyediakan semua keperluan tersebut kepada rakyat dan menjadi negeri maju pada tahun 2030," katanya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.