Tragedi malam Gawai, bertarung nyawa jadi mangsa Sang Bedal
Dalam kejadian tengah malam ditasik berhampiran kampung Kuala Tutoh, di sini, Christopher Jau Lihan,31, yang menjala ikan di dalam perahunya dilibas oleh seekor buaya yang tiba-tiba muncul dipermukaan air.
Mangsa terjatuh ke dalam sungai dan buaya tersebut cuba membahamnya, mujurlah dia berjaya melepaskan diri daripada buaya terbabit walaupun cedera luka di bahagian kaki dan badan sebelah kanan daripada serangan buaya tersebut.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 pagi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, ketika kejadian dia berada di perahu manakala isterinya berada di pondok.
"Selepas berjaya melepaskan diri daripada buaya berkenaan mangsa terus berenang menghala ke pondok di mana isterinya berada.
"Isteri mangsa mendapatkan bantuan orang kampung bagi menghantar mangsa ke hospital Marudi untuk mendapat rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah dipindahkan ke hospital Miri pada jam 5 pagi tadi memandangkan kecederaan yang serius.
Post a Comment