Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Tanah runtuh jejaskan Gawai Dayak





BETONG: Kemeriahan sambutan Gawai Dayak di dua buah rumah panjang dekat sini menjadi suram apabila jalan utama ke rumah panjang hampir terputus akibat kejadian tanah runtuh.

Kejadian tanah runtuh itu meresahkan penduduk rumah panjang Mupuh Baroh dan Mupuh Atas, Spak yang pulang untuk meraikan sambutan gawai Dayak kerana bimbang runtuhan tanah akan menyebabkan mereka tidak dapat keluar.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Daerah Betong yang meninjau lokasi kejadian mendapati kesan hakisan serta runtuhan yang disebabkan hujan dan arus sungai yang deras juga menyebabkan pintu air tersumbat serta jalan yang menghubungi dua buah rumah panjang terputus.

Hasil pemantauan mendapati jalan masih boleh dilalui kenderaan kecil buat sementara waktu.

Namun keadaan struktur tanah tidak kukuh dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Anggota APM Betong juga menjalankan pemantauan jalan yang runtuh dan memastikan keadaan jalan selamat untuk dilalui mengikut jenis kenderaan.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.