Iftitah Fiesta di Pantai Belawai 24-27 Ogos 2017
Iftitah Restaurant & Resort, Pantai Belawai akan mengelolakan satu keramaian yang dinamakan sebagai Iftitah Fiesta 2017, pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai acara yang akan berlangsung sepanjang 4 hari iaitu bermula 24-27 Ogos 2017.
Antara event yang akan berlangsung adalah :
1. Gerai Jualan berlangsung setiap hari dari jam 8:00 pagi sehingga jam 10:00 malam. Yuran dikenakan hanya RM50.00 untuk tempoh 4 hari bermula 24 dan berakhir pada 27 Ogos 2017. Pihak pengurusan Iftitah hanya akan menyediakan tapak bersaiz 10' X 10, 1 lampu dan 1 plug elektrik;
2. Pertandingan Karaoke, Saringan Malam pd jam 8.00 - 1030 mlm 24.8.2017(Khamis), Saringan Siang pd jam 3.00 - 6.00 ptg 25.8.2017 (Jumaat) dan Final pada jam 8.00 - 9.00 malam 26.8.2017 (Sabtu). 2 Kategori iaitu Lelaki & Perempuan. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada individu berminat dari Selalang, Sarikei, Bintangor, Sibu, Tanjung Manis, Matu, Daro, Mukah, Rajang, Jerijeh Baru, Semalau, Belawai, Stalon, Tusok dan Sebayang. Had Penyertaan : 60 peserta ( 30 lelaki & 30 perempuan). Yuran Penyertaan : RM5.00 / seorang. Menyanyi ikut senarai tajuk lagu yang disediakan oleh penganjur;
3. Pertandingan Gerak Nopeng atau " Pertandingan Bertandak & Berbalas Pantun" akan berlangsung pada malam 25.8.2017 (Jumaat) pada jam 8.00 - 10.00 malam. Yuran Penyertaan : RM10.00 / kumpulan. Pertandingan adalah secara berkumpulan, iaitu 2 orang peserta dalam 1 kumpulan. Had Wilayah Penyertaan : Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada individu berminat dari Selalang, Sarikei, Bintangor, Sibu, Tanjung Manis, Matu, Daro, Mukah, Rajang, Jerijeh Baru, Semalau, Belawai, Stalon, Tusok dan Sebayang.
HADIAH PERTANDINGAN :
Juara : RM200.00 (Tunai)
Naib Juara : RM100.00 (Tunai)
Ketiga : RM 50.00 (Tunai)
4. Pertandingan Istana Pasir Pelajar Sekolah Rendah. Berlangsung pada jam 8.00 - 10.00 pagi 26.8.2017 (Sabtu). Penyertaan secara berkumpulan dengan minimum 5 orang/1 kumpulan atau maksimum 10 orang/1 kumpulan. Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki mendaftar dan dikenakan yuran penyertaan sejumlah RM5.00 untuk kumpulan seramai 5 orang ahli dan RM10.00 untuk kumpulan seramai 10 orang ahli. . Hadiah berupa wang tunai Johan : RM200.00, Naib Johan : RM100.00 & Tempat Ke 3 : RM50.00.
5. Pertandingan Tarik Tali akan berlangsung dari jam 9:00 pagi pada 27.8.2017 (Ahad). Penyertaan secara berkumpulan dengan jumlah penyertaan 7 orang untuk satu pasukan. Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki mendaftar dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00/pasukan sahaja.
Hadiah berupa wang tunai Johan : RM200.00, Naib Johan : RM120.00 & Tempat Ke 3 : RM70.00
6. Pertandingan Memancing akan berlangsung selama 3 jam dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada 27.8.2017 (Ahad). Tarikh tutup menyerahkan borang penyertaan pada 26.8.2017 (Sabtu) sblm jam 2.00 petang. Yuran untuk 1 joran sebelum tarikh tutup RM10.00, manakala Yuran setelah tamat tarikh tutup RM20.00. Hadiah berupa wang tunai JOHAN : RM400.00, NAIB JOHAN : RM200.00 & KETIGA : RM100.00.
LAYOUT PLAN GERAI JUALAN IFTITAH FIESTA 2017
Gambar ini adalah layout plan untuk 14 buah tapak gerai berkeluasan 10' X 10
Jangan lupa bahawa Tarikh Tutup mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari ini 22.8.2017 (selasa) sebelum jam 3:00 petang.
Peserta yang tidak mengembalikan borang tidak akan diagihkan tapak jualan;
Sila jelaskan yuran penyertaan pada hari cabutan tapak;
Taklimat dan cabutan tapak akan diadakan pada hari esok 23 Ogos 2017 (rabu) jam 3:00 petang di Iftitah Restaurant;







Post a Comment