Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Program Baikpulih Rumah Secara Gotong Royong




60 buah rumah daif diseluruh Sarawak akan diperbaiki melalui Program Baikpulih Rumah Secara Gotong Royong dengan bantuan RM10,000 untuk setiap unit melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

 Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof ketika dihubungi berkata pihaknya memperuntukkan RM600,000 bagi memperbaiki 60 buah rumah daif di Sarawak pada tahun ini.


 Menyedari ada rumah yang terlalu usang serta memerlukan lebih dari sekadar "diperbaiki", Zaki berkata pihaknya akan membina rumah baharu. Untuk memaparkan usaha membantu golongan kurang bernasib baik ini, video serta media alternatif akan digunakan untuk menimbulkan kesedaran orang ramai supaya turut menyumbangkan tenaga dalam kerja-kerja amal.

 Zaki berharap pihak NGO, Ketua Masyarakat serta media akan menyalurkan maklumat kepada pihaknya tentang keluarga-keluarga yang wajar dibantu. Zaki turut berkunjung serta melihat sendiri kerja di Miri serta turut melawat Asrama di Sekolah Kebangsaan Long Laput, Ulu Baram





No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.