Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

DUN Kuala Rajang Terokai Projek Fertigasi


Projek tanaman kaedah fertigasi di Kampung Rajang, Tanjung Manis yang diusahakan oleh syarikat Kuala Rajang Agrotech Ventures Sdn Bhd.

Projek ini adalah salah satu program ekonomi di kawasan DUN N41 Kuala Rajang untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk setempat tanpa menggunakan kawasan tanah yang besar dengan mengguna-pakai kaedah pertanian moden.

Kuala Rajang Agrotech Ventures juga telah membuat Memorandum Persefahaman dengan Koperasi Keluarga Morshidi Belawai Berhad, Koperasi Desaku Jerijeh Berhad dan Koperasi Wanita Rajang Belawai Berhad untuk mengurus tapak-tapak fertigasi yang dirancang untuk dimajukan selepas ini.

Baru baru ini YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah, YB Timbalan Menteri KPDNKK, Dato' Henry Sum Agong, YB Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan dan Perusahaan Kecil & Sederhana, Datuk Haji Naroden Majais, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Rahman, Pengerusi SEDC Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Aziz Husain serta beberapa kenamaan yang lain dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak telah melawat tapak projek.

Lawatan adalah atas jemputan YB Datu Len Salleh bersempena dengan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Belawai, Tanjung Manis.

sumber : FB DUN Sarawak N41 Kuala Rajang

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.