Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Nelayan Hilang Dijumpai Mati



SEMBILAN HARI, pasukan Search and Rescue (SAR) mencari akhirnya mayat Haji Lembong Bin Pin berumur 75 tahun dijumpai kira-kira 300 meter dari topi milik beliau ditemui.

Allahyarham dipercayai jatuh ketika pergi menangkap ketam menggunakan bot miliknya seorang diri di Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut, Asajaya, Samarahan pada hari Rabu 16 Ogos yang lalu.

Pasukan SAR telah menjumpai pakaian yang dipakai oleh mangsa dan mayat beliau dalam jarak kira-kira 1 km dari Kampung  Sampun Tebun, kawasan pencarian baharu dikawasan hutan bakau.

Mayat mangsa yang jumpai telah dikenalpasti oleh keluarga mangsa dan dijumpai dalam jarak kira-kira 300 meter dari petunjuk kedua iaitu topi yang dijumpai pada hari Rabu.

Komander operasi SAR PBKII Subari bin Beni melaporkan bahawa keadan tubuh badan mayat mangsa  masih dalam keadaan sempurna.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis pada jam 11:48 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

gambar dan info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak






No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.