Nelayan Hilang 48 Jam
SELEPAS dua hari hilang di laut seorang nelayan ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk Kampung Pasin yang membantu pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, Ismail Jem,55, dari Kampung Badong, di sini, dilaporkan hilang sejak petang Isnin lalu ketika pergi menangkap ikan sekitar Batang Lassa.
"Mangsa ditemui pada jam 8.52 pagi oleh penduduk Kampung Pasin di tepi pantai.
"Bagaimanapun, Ismail berada dalam keadaan yang lemah kerana sudah dua hari tidak makan," katanya di sini, hari ini.
Katanya, pihak Bomba telah ke lokasi untuk mengambil mangsa di Kampung Pasin dengan menggunakan bot yang memakan masa selama satu jam dari pangkalan Kampung Badong.
"Mangsa telah diserahkan kepada pihak Pegawai Kesihatan Hospital Daro untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Katanya, setelah dilaporkan pasukan Bomba Sukarela Daro dengan bantuan penduduk kampung telah menggerakkan usaha mencari mangsa bersama dengan pihak Polis serta Bomba.
"Mereka yang turut terlibat dalam operasi SAR selama dua hari ini ialah pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tujuh anggota menggunakan sebuah bot dan 30 penduduk Kampung Badong menggunakan tujuh buah bot.

Post a Comment