Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Mangsa Kebakaran Long Aton Diberi Bantuan RM82,000



Rumah Panjang Long Aton di Sungai Tinjar yang musnah dalam kebakaran pada 17 Ogos lalu menerima peruntukan sebanyak RM82,000 untuk membiayai kos bina semula.

 Dana itu disumbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (RM22,000), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala (RM10,000) dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau melalui geran projek kecil luar bandar sebanyak (RM50,000. 

Perkara itu diumumkan Dennis semasa lawatan ke Long Aton Ahad lalu bagi menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa kebakaran.

Dennis turut menyampaikan bantuan wang tunai RM300 untuk wakil 22 keluarga yang terjejas.

 Dalam kejadian malam 17 Ogos lalu, seramai 115 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran memusnahkan rumah panjang berusia 39 tahun itu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

 “Saya turut bersimpati dengan semua mangsa dan memahami perasaan mereka yang kehilangan harta benda kerana kebakaran. Saya berharap selepas ini penduduk rumah panjang lebih berhati-hati,” katanya.

 Beliau mengingatkan penduduk kampung agar sentiasa berwaspada bagi menggelakkan kejadian itu berulang lagi pada masa hadapan.

 Beliau menambah, kerajaan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat termasuk menyalurkan bantuan kilat serta sumber kewangan untuk pembinaan semula rumah panjang mereka.

Dennis turut berterima kasih kepada JKM Miri di atas bantuan mereka untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.

“Selain itu, saya akan meminta Jabatan Pendaftaran Negara untuk datang ke Long Aton bagi membantu menguruskan pengeluaran dokumen sijil lahir dan Mykad semula,” katanya.

 Hadir sama Temenggong Joseph Ngau Lian, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri Dayang Azeeyani Mohd. Seri, Penghulu Joseph Beluluk Dian, Ketua Kaum Michael Kebing Avit dan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bung Imang, Samuel Iwat.

 Info/Gambar sumbangan ADUN Telang Usan YB Dennis Ngau


 





No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.