Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Menteri Hantar Gambar Terkini Jalan Miri Marudi




Ini keadaan sebenar jalan Miri - Marudi pada 22 haribulan Ogos sebaik dibuka semula kepada orang ramai kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Mangil.

Dr Penguang dalam mesej ringkas beliau yang dikirimkan melalui Whatsapp berkata jalan itu sebenarnya ditutup daripada 7 haribulan Ogos sehingga 21 Ogos bagi memberi laluan kepada kerja kerja menaiktaraf jalan yang rosak teruk itu.

Anehnya, ada pihak sanggup melanggar larangan itu semata-mata untuk mengambil gambar jalan itu selepas hujan lebat melanda kawasan tapak pembinaan itu minggu lepas.

"Itulah kerja mereka menipu rakyat menggunakan maklumat yang salah semata-mata hendak menimbulkan kebencian. Mereka tidak pernah menghargai usaha kita," kata Penguang.

"Tu minggu nyin kemari maia ari ujan. They should report utai ke betul anang ngeliru ke rayat," tegas Dr Penguang, membidas tindakan Setiausaha PKR Baram Dennis Along yang menghantar gambar lama ketika jalan masih ditutup semata-mata mahu menimbulkan kemarahan rakyat.

Dr Penguang berkata para petugas berkerja bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja itu sebelum Regatta Baram yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Ogos ini.

"Jalan ini ditutup dua minggu supaya kerja-kerja menurap jalan di kawasan sepanjang 6 kilometer dapat disiapkan sebelum Regatta Baram," tambahnya.

Setakat ini 15 kilometer sudah diturap sepenuhnya kata Dr Penguang.







No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.