Pemuda Teruskan Innovasi Industri Kelulut
Pengusaha kelulut berpangkalan di Miri Sylvester Malan meneruskan innovasi serta experimentasi memajukan industri kecil-kecilan desa itu meskipun beliau bukan seorang sarjana sains yang menerima geran jutaan ringgit dari pemerintah.
Hari ini beliau membuat satu lagi posting di Facebook tentang usahanya menukar warna topping log kelulutnya menjadi hijau, supaya lebih sejuk dipandang mata, mesra alam dan seterusnya menjadi trademark.
Hasilnya, sangat comel dan semestinya cantik.
Sebelum ini dia juga membuat percubaan bagaikan seorang saintis yang dibayar gaji oleh kerajaan di MARDI atau Universiti Pertanian Malaysia dalam usaha menambah pendapatan pengusaha kelulut tempatan.
Modal serta dana ujikaji beliau tak sampai pun RM2.6 Billion.
Projek Percubaan "Split Coloni" @ percubaan untuk menggandakan koloni kelulut. Tarikh Mula :21.8.17 Masa : 12.15pm #KasiJadiTerus
Jika berjaya, beliau selayaknya dijadikan Ikon Pertanian Belia.
Ladang kelulut beliau yang diusahakan secara bijak, dikelilingi bunga-bunga yang menghasilkan madu sepanjang tahun serta penjagaan sempurna semestinya mengeluarkan hasil yang bagus.
Lumayan juga apabila 4 log boleh menghasilkan 6 kilogram madu kelulut. Harga sekilo madu kelulut di pasaran sekitar RM130.
Kalau mengharapkan bunga pokok berbuah ikut musim, hasilnya juga bermusim kata Sylvester.
Kalau pokok bunga yang berbunga sepanjang tahun serta banyak manisan, lihatlan sendiri hasil anak muda ini.
Lihat sendiri gambar di bawah.
Beginilah mudahnya kerja - kerja penuaian Madu Kelulut Asli.
Bagi yang berminat mahu mendapatkan Madu Kelulut Asli boleh menghubungi beliau di nombor yang diberikan.
"Ini saya tuai sekali sebulan saja @ 21 hari ke atas atas permintaan juga.
Setiap kali ada permintaan baru harvest untuk mendapatkan madu yang fresh," kata beliau.
Dia juga menceburi bidang pembekalan serta pemasangan log kelulut sehingga ke kawasan pedalaman.
Projek Kelulut untuk kawasan Luar Bandar di Long Banga,Ulu Baram.
Perjalanan memakan masa 10 jam dari Miri - Long Banga menggunakan hilux 4 wheel drive.
Akhirnya tiba di tempat yang ditujui di Jabatan Pertanian Long Banga.
Perjalanan yang mencabar melihat suasana alam semulajadi di kawasan tanah tinggi.

Post a Comment