Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Tenaga Solar Sinari Kehidupan di Long Puak



Long Puak, yang terletak di hilir Long Lama, kira-kira tiga jam perjalanan dari Miri, gelap gelita jika malam. Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan penduduk 23 pintu rumah panjang itu terpaksa bergantung dengan generator dan lampu pelita.

Namun usaha sekumpulan pelajar Universiti Curtin Malaysia dengan kerjasama universiti lain untuk melaksanakan projek lampu solar mudah alih dibawah program Aiesec telah mengakhiri pernantian bertahun-tahun untuk memiliki sumber elektrik yang murah.

“Projek lampu solar mudah alih ini bukan hanya menjadikan malam di Long Puak lebih cerah, namun ia menjanjikan masa depan yang lebih bermakna untuk penduduk di situ,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau semasa penyerahan projek lampu solar mudah alih baru-baru ini.

Dennis menambah, walaupun peralatan itu ringkas namun lampu solar mudah alih itu amat bermakna bagi penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Kenyah.

“Sebelum ini, penduduk kampung menggunakan generator namun kos mahal dan tidak semua dapat menikmati cahaya terang. Bagi penduduk yang tidak mampu, mereka terpaksa menggunakan lampu pelita dan lilin.”

“Ini sudah tentu menyukarkan penduduk terutama anak-anak yang mahu membuat ulangkaji dan kerja-kerja sekolah pada waktu malam. Dengan adanya lampu solar ini, saya yakin ia dapat menggalakkan anak-anak belajar seterusnya membantu mereka berjaya dalam hidup,” katanya.

Antara manfaat projek ialah ia menggunakan tenaga matahari, jimat dan tidak menjejaskan alam sekitar.

Dennis menambah, berikutan keadaan geografi dan topografi Baram, kerajaan berhadapan dengan cabaran untuk menyediakan bekalan elektrik kepada setia kampung.

“Tidak mustahil namun sukar memandangkan masih terdapat kampung-kampung berselerakan di Baram khususnya Telang Usan.”

“Namun kerajaan tidak pernah putus asa untuk mencari pendekatan atau alternatif terbaik bagi memastikan penduduk di pedalaman tidak ketinggalan pembangunan.”

Justeru beliau memuji usaha Aeisec Curtin Malaysia memilih Long Puak sebagai salah satu kampung bagi projek tersebut dan menyifatkan ia satu usaha murni untuk masyarakat.

Gambar ihsan ADUN Telang Usan, YB Dennis Ngau








No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.