Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

11 RAMD patah cubaan seludup barangan terkawal di sempadan



KUCHING: Batalion Kesebelas Rejimen Askar Diraja (11 RAMD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barangan terkawal di sempadan Malaysia-Indonesia.

Jurucakapnya berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam tadi di kawasan Ladang Rahman, Kampung Stass, kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, kumpulan serang dan tangkap yang diketuai oleh Sarjan Harrie Rosli berjaya menahan sebuah lori Mitsubishi Puso yang dipandu oleh seorang warga tempatan bersama seorang warga Indonesia cuba melintasi lorong gajah sempadan Malaysia-Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati, sejumlah barangan terkawal dan arak berada di dalam muatan lori tersebut dan dipercayai cuba di seludup keluar ke Indonesia.

"Kesemua hasil rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM 102, 900.80," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pasukan seterusnya membawa hasil rampasan ke Balai Polis Bau untuk laporan dan tindakan selanjutnya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.