14 hari hilang, mangsa hanya minum air sungai
SARIKEI : Selepas 14 hari hilang seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Ulu Pakan ditemui dalam keadaan selamat tengah hari tadi.
Bunjai Sigang, 53, yang mengalami masalah mental dan gaut ditemui orang kampung yang kebetulan dalam perjalanan ke kebun lada berhampiran rumah Christina Kasun pada jam 12.30 tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan lemah dan terbaring.
"Dia sempat meminta makanan kerana terlalu lapar, dia bertahan untuk hidup sejak kehilangan dengan minum air sungai," katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pakan untuk rawatan susulan.
Operasi SAR mencari mangsa digerakkan pada 11 Julai lalu, namun terpaksa dihentikan lapan hari kemudian selepas mangsa gagal dikesan.

Post a Comment