Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Duduk Atas Jamban 116 Jam Untuk Rekod Guinness Baharu



BELGIUM - Seorang lelaki warga Belgium menghabiskan 116 jam berturut-turut di atas jamban dalam sebuah bar tempatan untuk mencipta rekod dunia Guinness baharu.

Jimmy De Frenne telah duduk di jamban tersebut yang tidak disambungkan ke mana-mana paip, di ruang utama sebuah bar di Ostend.

De Frenne berkata, Guinness tidak mempunyai sebarang rekod bagi masa terpanjang duduk di jamban, tetapi beliau berjaya mengatasi rekod tidak rasmi, iaitu selama 100 jam.

Matlamat asal pemburu rekod itu sebenarnya adalah 165 jam, tetapi beliau terpaksa berhenti hanya pada 116 jam kerana tidak dapat menampung rasa mengantuk akibat kekurangan tidur.

De Frenne dibenarkan berehat selama lima minit setiap jam untuk meregangkan badan dan menggunakan tandas sebenar.

Bukti dari percubaan ini akan diserahkan kepada Guinness untuk pengiktirafan rasmi.

Mungkin anda semua boleh membandingkan orang ini sekiranya sesiapa yang bising ketika anda meggunakan tandas dengan terlalu lama.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.