Lapangan Terbang atau Helikopter untuk Bario
BARIO: Kerajaan Sarawak sedia mempertimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Bario atau menyediakan helikopter Airbus bagi memantapkan pengangkutan udara di kawasan tanah tinggi itu.
Berucap pada Majlis Penutupan Pesta Nukenen 2019 Sabtu lalu, Abang Jo berkata kedua-dua cadangan itu bagi menyelesaikan masalah Lapangan Terbang Bario yang tidak mampu menampung kapal terbang besar.
Buat masa ini Lapangan Terbang Bario tidak mampu menampung kapal besar kerana runaway yang kecil dan tidak sesuai dan jika dibesarkan ia memasuki ruang udara negara jiran.
"Kerajaan akan meneliti dua cadangan ini. Memandangkan keadaan di Bario yang bergunung-ganang, kita perlukan pakar dalam bidang ini untuk menentukan langkah yang paling sesuai."
"Satu lagi alternatif ialah membeli helikopter Airbus yang boleh membawa 20 penumpang yang dibangunkan oleh Airbus. Kalau helikopter boleh digunakan, kos adalah sama dengan pembinaan," katanya.
Selain itu, bagi menyelesaikan masalah kelajuan Internet di kawasan, kerajaan akan menghantar Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) untuk menaik taraf kepada kelajuan mencapai 50 hingga 100 mbps.
Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan Jalan Long Banga - Bario termasuk kos penyelenggaraan tahunan sebanyak RM3 juta.
Abang Johari berkata, semua projek pembangunan ini adalah sejajar dengan prinsip pembangunan seimbang kerajaan dengan tumpuan utama penduduk luar bandar.
Pada majlis tersebut Abang Johari mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk Rurum Kelabit menganjurkan Pesta Nukenen.

Post a Comment