Kementah nafi tentera hilang sudah ditemui
KUCHING: Kementerian Pertahanan menafikan gambar yang tular di media sosial hari
ini yang mendakwa kedua-kedua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari
Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang hilang ketika bertugas dalam
Operasi PEJARAK (Op PEJARAK) di Pulau Perak, telah ditemui petang semalam.
Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini, menyatakan gambar bot TLDM yang ditularkan itu sebenarnya adalah bot milik Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS SAMUDERA yang telah menemukan mayat seorang wanita ketika sedang belayar melalui utara Perairan Selat Melaka pada 23 Julai 2019.
"Mayat berkenaan telah diserahkan kepada Balai Polis Tanjung Tokong dan dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang," katanya.
Katanya, Kementerian Pertahanan ingin menjelaskan bahawa operasi pencarian kedua-dua anggota yang disedari hilang sejak 19 Julai lalu masih dilaksanakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Kapal Diraja (KD) LAKSAMANA
MUHAMMAD AMIN telah diaturgerak dalam operasi pencarian yang bermula pada 20 Julai lalu tertumpu di kawasan pulau dan perairan persekitaran," jelas kenyataan itu.
Justeru, semua pihak diharap berhenti dan tidak menyebarkan sebarang laporan atau maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati ahli keluarga mangsa terlibat.
Justeru, semua pihak diharap berhenti dan tidak menyebarkan sebarang laporan
atau maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati ahli keluarga mangsa terlibat.

Post a Comment