Ketahui tarikh keramat 22 Julai
KUCHING- Tarikh keramat 22 Julai adalah hari bersejarah yang perlu diketahui seluruh masyarakat Sarawak terutama detik yang mana diberikan kuasa mentadbir sendiri pada waktu itu, jelas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari berkata, bagi mereka yang lahir sebelum 1963, mereka menjadi saksi kepada beberapa fasa pembangunan yang berlalu di Sarawak melibatkan ekonomi, sosial, fizikal dan politik.
Katanya, ekonomi Sarawak mesti ditingkatkan selari dengan ekonomi global termasuk digital ekonomi jika tidak , kita akan ketinggalan.
"Rakyat Sarawak perlu kekal bersatu untuk memastikan Sarawak dapat mencapai negeri maju pada 2030," katanya dalam ucapan dimuatkan pada buku program Sambutan Hari Sarawak 2019.
Tambah Abang Johari, Bintulu dipilih sebagai tuan rumah yang menjadi lokasi pertama sidang Dewan Undangan Negeri pada 8 Ogos 1867.
Tahun ini, bahagian Bintulu dipilih sebagai tuan rumah dan menjadi pertama diadakan di luar Kuching.
Sebanyak tujuh aktiviti utama yang diadakan bermula hari ini sehingga 22 Julai dengan Perhimpunan Hari Sarawak pada pagi 22 Julai di Lapangan Terbang Lama Bintulu menjadi kemuncak.
Yang Dipertua, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan turut sama pada perhimpunan nanti.
Sementara itu, menteri bertanggungjawab sambutan itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi juga menyeru agar seluruh penduduk Sarawak terutama di Bintulu dan kawasan berhampiran menyertai majlis itu sebagai tanda penghargaan pengorbanan dan cabaran dihadapi pemimpin terdahulu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak.
Jelasnya, program yang akan diadakan adalah E-Sport Cup dan Forum, Love Sarawak Through History, Sarawak Day Run 2019, Majlis Kesyukuran, Konsert Kamek Sayang Sarawak, Pameran Hari Sarawak and Perhimpunan Hari Sarawak

Post a Comment