Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Hormati Keputusan Soon Koh, Johari




KUCHING - Tindakan peletakan jawatan Datuk Seri Wong Soon Koh hendaklah dihormati oleh semua pihak.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,  beliau menghormati keputusan Soon Koh berundur daripada semua jawatan Kabinetnya dan akan bertemu dalam masa terdekat.



"Pertama, kita perlu menghormati keputusannya dan percaya beliau mempunyai alasannya sebagai seorang ahli politik yang sangat berpengalaman.

"Kedua, tindakan Parti Sarawak Bersatu (PSB) kebelakangan ini, mungkin tidak betul secara politik," katanya.

Bagaimanapun, Abang Johari memberitahu, Soon Koh telah menyumbang kepada negeri bukan hanya sebagai ahli Kabinet malah Speaker sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, kita perlu mengiktiraf sumbangan beliau kepada kestabilan negeri sebelum ini dan apa dibuat kepada Sarawak.

Beliau ditemui selepas merasmikan The 11th International Conference on Information Technology in Asia 2019 (CITA 2019) di Hotel Hilton Kuching.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.