Peniaga buah disamun ketika mahu pulang
Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 55 tahun didatangi empat orang lelaki yang menaiki dua motosikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani, peniaga yang bersendirian kemudian dipeluk dari belakang dan dipukul menggunakan kayu dan tangan.
"Salah seorang suspek telah meragut rantai leher emas milik mangsa disamping wang tunai dimiliki diambil dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM2250.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan,muka,gigi patah dan mata," katanya.
Tambahnya, mangsa telah berniaga di kawasan itu sejak 3 tahun lalu sebelum ini tidak pernah diganggu atau di marahi oleh mana-mana pihak untuk berniaga di sana.
"Kes itu disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
"Polis juga masih cuba mengesan suspek yang terlibat," ujarnya.

Post a Comment