Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Macam macam hal, hati hati



Gambar netizen online
KOTA SAMARAHAN - Siapa sangka, kedai Mesra Petronas juga bukan hanya boleh dimasuki orang malah kereta, di sini sebentar tadi.

Sebuah kereta Proton Saga terperosok ke dalam Kedai Mesra Petronas Kota Samarahan (menuju Samarahan) apabila pacuan empat roda (4x4) jenis Toyota Hilux melanggarnya dari belakang.

Ia mengakibatkan Proton Saga dan Toyota Hilux terperosok ke dalam Kedai Mesra berkenaan.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan dialamai oleh pemandu dan penumpang.

Selain itu, dua kejadian menyaksikan dua lori membawa muatan tong by  biru di Simpang Tiga dan bas di laluan bawah tanah di Bulatan Temenggung Abang Kipali Abang Akip tersangkut hari ini.

Lori berkenaan yang membawa muatan tong biru besar tersangkut ekoran melebihi ketinggian had namun kemudiannya dapat dikeluarkan.


Gambar netizen online

Bas itu pula melebihi had ketinggian kenderaan ditetapkan iaitu 2.2 meter tersekat ketika dari arah Satok menuju Petra Jaya sekitar pukul 11 pagi tadi.

Bas itu kemudian dapat dikeluarkan dan trafik kembali pulih.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.