Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Jangan percaya jaji palsu dan meletakkan harapan baru kepada PH



KUCHING - Dewan Pemuda PAS Sarawak sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Sarawak agar tidak terus percaya janji palsu dan meletakkan 'harapan baru' kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membela dan menjaga mereka.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Sarawak, Hamdan Sani berkata, cukuplah Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14), PH telah mengkhianati dan menipu rakyat.

Katanya, jadikan ia sebagai pengajaran pahit untuk membina Sarawak Sejahtera tanpa PH.

"Hakikatnya, Pemuda PAS Sarawak melihat kerajaan PH tidak membantu rakyat Sarawak bahkan terus menganaktirikan kami dalam soal pendidikan dan pembangunan.

"Sebagai contoh Saudara Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan menyebut bahawa tidak akan memberi peruntukan penambahbaik sistem dan infrastruktur pendidikan sehingga Sarawak membayar hutang pada Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, semua janji yang ditaburkan sebelum itu hanya janji palsu serta merendah-rendahkan maruah rakyat Sarawak yang mengharapkan satu pembaharuan dalam kerajaan yang baru ini untuk Bumi Kenyalang.

Dalam pada itu, Hamdan memberitahu, selepas mendengar ucapan pemimpin utama PH, rata-rata mereka menceritakan kejayaan pemerintahan PH hari ini, kononnya lebih terbuka, meletakkan kebebasan bersuara sebagai prinsip perjuangan dan berlaku adil untuk semua.

"Persoalanya adakah ia benar? Hakikatnya semua itu adalah satu penipuan dan janji palsu.

"Majlis semalam menjadi agak janggal apabila tokoh utama PH tidak mengangkat janji-janji dalam Manifesto PH untuk Sarawak, contohnya meningkatkan pelaburan dan peluang pekerjaan untuk rakyat, akses kemudahan asas yang lebih sempurna di kawasan luar bandar, meningkat kualiti pendidikan, juga hak Sarawak menguruskan hasil petroleum dengan sendiri," ujarnya.

Menurutnya lagi, saudara Anwar juga menempelak Sarawak dalam soal mengurus hasil balak dan alam sekitar yang dikatakan gagal diurus dengan baik.

"Apa yang menarik perhatian kami, Saudara Anwar terus menyebut dan memperkatakan Pas dalam ucapan beliau, sedangkan PAS tidak bersama GPS di Sarawak.

"Adakah Saudara Anwar mengakui akan kekuatan PAS di Sarawak atau beliau melihat potensi kita menjalin hubungan baik dengan GPS seperti PAS dan Umno di Semenanjung Malaysia," katanya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.