Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Lelaki nyaris maut kereta terbakar selepas kemalangan



KUCHING - Seorang pemandu lelaki nyaris maut setelah kereta jenis Perodua Viva dipandu melanggar pembahagi jalan menyebabkan bahagian enjin terbakar sebelum Stesen Petronas di Batu 8, Jalan Penrissen pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGP) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadoan pada pukul 5.15 pagi.

"Setibanya pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang di tempat kejadian, kereta itu didapati terbakar.

"Pasukan bomba terus membuat pemadaman menggunakan satu aliran saluran bantu mula air daripada tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya," katanya.

Tambahnya, peratusan kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus keseluruhan kenderaan berkenaan.

" Seorang lelaki (pemandu) berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa diberikan rawatan awal seterusnya di hantar EMRS ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya.

Menurutnya lagi, operasi ditamatkan pada jam 5.38 pagi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.