Pulau Pinang pohon RM20 billion untuk Pelan Induk Pengangkutan
GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan memohon peruntukan sekitar RM20 bilion dari Putrajaya bagi dua komponen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Exco negeri minggu lalu memutuskan untuk memohon kepada kerajaan Persekutuan bagi peruntukan berkenaan.
"Kita akan menulis kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bagi memohon peruntukan perlaksanaan LRT dan Pan Island Link 1 (PIL1)," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya sebentar tadi.
Jelasnya, pihaknya akan menghantar permohonan itu dalam minggu ini.
"Kita berharap akan mendapat sepenuhnya peruntukan bagi kedua projek yang berjumlah sekitar RM20 bilion," ujarnya.
Terdahulu beliau bersama Exco dan ADUN Pulau Pinang mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, wakil Persatuan Nelayan Pulau Pinang, wakil PTMP dan SRS Consortium membincangkan cadangan projek PSR serta kesan kepada komuniti nelayan.
Anwar menyatakan kebimbangan mengenai bantahan dibangkitkan nelayan terhadap PSR yang boleh memberi impak negatif kepada kehidupan mereka.

Post a Comment