924 kes demam denggi dicatat di Sarawak
KUCHING:Sebanyak 924 kes demam denggi dicatatkan di Sarawak sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, Bahagian Kuching mencatat kes tertinggi dengan 363 kes dilaporkan.
"Ini diikuti dengan Bahagian Miri dengan 114 kes dan Betong 108 kes.
"Kita mesti perangi denggi habis-habisan dan ia memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Misi Gempur Denggi Bersama Yang Berhormat Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No. 1, hari ini.
Beliau berkata, demam denggi kini menjadi kebimbangan semua kerana telah mengakibatkan sebanyak 100 kes kematian di negara ini tahun ini.
"Antara langkah yang boleh diamil ialah dengan memberi lebih tumpuan kebersihan terhadap kawasan serta rumah terbiar memandangkan lokasi seumpama ini seringkali menjadi tempat pembiakan Aedes," ujarnya.

Post a Comment