Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Kabinet setuju bina Pos Kawalan di Telok Melano




KUCHING - Kabinet Persekutuan memutuskan bagi penubuhan Pos Kawalan Sempadan di Telok Melano yang kini sudah dihubungi dengan jajaran Lebuhraya Pan Borneo.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, pembinaan tersebut akan dimuktamadkan nanti yang bertujuan bagi keselamatan, ekonomi dan lain-lain lagi.

"Kerajaan Negeri Sarawak juga memberikan sokongan dan Ketua Menteri bersetuju ini suatu berfaedah dan akan membantu menyediakan tapak di mana bangunan akan dibina.

"Bagi peringkat awal, Kerajaan Sarawak bermurah hati akan mengeluarkan peruntukan RM9 juta dengan RM500,000 sudah dikeluarkan bagi kerja-kerja awal," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari.

Tambahnya, beberapa agensi persekutuan dan negeri akan terlibat bersama-sama yang akan dibincangkan secara terperinci perlaksanaannya.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Abang Johari yang merupakan sahabat lama dengan berbincang bagaimana nak bentuk kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan khasnya kementerian saya dengan Kerajaan Negeri.

"Menyentuh berbagai-bagai bidang dan nampak respons daripada Abang Johari amat baik.

"Kerana walau apa pun GPS tidak menjadi sebahagian PH, tapi beliau percaya memang perlu ada hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan untuk faedah rakyat di Sarawak," jelasnya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.