Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Warga emas maut langgar dinding hospital



KUCHING - Seorang warga emas maut selepas kereta jenis Toyota Camry dinaiki melanggar dinding konkrit di bahagian depan Hospital Sentosa, di sini petang tadi,

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 1.21 petang.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan dengan satu jentera dan van EMRS diketuai PBK Arisa Arshad.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Goh Tai Lee, 76, didapati mengalami kecederaan dalam dan disahkan maut oleh doktor hospital," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

"Mangsa difahamkan baharu saja selesai menjalani rawatan dan merupakan pesakit di hospital itu," ujarnya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.