Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Sarawak pilih keretapi Autonomous


KUCHING - Pembinaan sistem kereta api terkini sebagai penyelesaian pengangkutan urban bagi Kuching kini hampir pasti dengan kerajaan negeri sedang melihat pilihan penggunaan teknologi kereta api itu yang mungkin dapat mengurangkan kos menjadikan ia realiti.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang berada di bandar Nanchang, China hari ini bagi melihat sendiri pembangunan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) sebahagian daripada penyelesaian pengangkutan urban di sana.

"ART mungkin dapat mengurangkan kos perlaksanaan sistem itu berikutan ia dapat beroperasi pada jalan yang dikhaskan atau non-elevated normal," katanya kepada delegasi Sarawak yang mengiringinya hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil dan Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Hussain.

Cadangan laluan bagi penyelesaian pengangkutan urban itu ialah aliran Kuching-Samarahan dan Kuching-Serian.

Sistem ART yang beroperasi menggunakan tayar dibangunkan CRRC Corporation Ltd. tidak bergerak pada trek kereta api konvensional tetapi trek virtual yang boleh dibuat pada jalan dikhaskan atau jalan biasa dan dikawa melalui pusat kawalan sentral.

Abang Johari bersama delegasi lain mencuba sendiri menaiki ART laluan sepanjang 5km di bandar itu yang dikuasakan menggunakan elektrik atau hidrogen.

Kemudian, mereka dibawa melawat kilang pembuatan berhampiran bandar itu sebelum mendengar taklimat pihak CRRC.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.