Polis buru perogol anak kandung
KUALA LUMPUR - Syaitan, begitulah yang boleh digambarkan kepada seorang bapa yang dipercayai merogol anak perempuannya sejak berusia 7 tahun di rumahnya, Batu 9, Cheras.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, perbuatan keji tersebut terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun menceritakan kepada gurunya.
Katanya, mangsa bersama gurunya itu kemudian membuat laporan polis pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu.
Katanya, hasil keterangan mangsa memaklumkan suspek pada mulanya hanya meraba badan namun semakin berani apabila merogolnya sebanyak tiga kali seminggu.
“Suspek turut mengugut akan memukul isterinya, jika mangsa menceritakan perbuatan itu menyebabkan dia terpaksa berdiam diri.
“Perbuatan tersebut berlarutan sejak enam tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Tambah Dzaffir, hasil pemeriksaan perubatan juga mengesahkan terdapat kesan koyakan dan kesan melecet pada bahagian kemaluan mangsa serta kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.
“Setelah laporan dibuat, suspek bertindak melarikan diri dan polis kini sedang memburunya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Post a Comment