Pembinaan Jambatan Marudi Bermula
Pembinaan projek Jambatan Marudi yang tertangguh selama enam bulan sehingga menaikkan kemarahan penduduk di Marudi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil akhirnya bermula sepenuhnya minggu ini.
Minggu lepas, penduduk Marudi yang ditemui melahirkan perasaan marah terhadap kontraktor yang dipertanggungjawab kerana tidak melaksanakan projek mengikut jadual.
Penduduk yang ditemui semasa mesyuarat bersama kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di pekan Marudi minggu lepas memberitahu, mereka amat mengharapkan pembinaan jambatan itu menjadi realiti.

"Kami mahu jentera berat yang berada di tapak jambatan itu benar-benar bekerja, bukannya diletakkan di situ sekadar pameran!," katanya.
Pembinaan jambatan sepanjang 650 meter itu menelan kos lebih RM75 juta, dengan kos dbiayai oleh kerajaan negeri. Berdasarkan jadual awal, ia dijangka siap pada 2022.
Apabila siap nanti, jambatan yang merentasi Sungai Baram dan mempunyai jalan dua lorong sehala itu akan memanfaatkan lebih 30,000 penduduk di Marudi.
Selain menyingkatkan lagi perjalanan di antara Miri dan Marudi, jambatan itu kelak akan memudahkan lagi pengguna terutama pelancong yang mahu berkunjung ke Marudi atau meneruskan perjalanan mereka ke Taman Negara Gunung Mulu melalui jalan darat dari Marudi.
Ketika ini khidmat feri masih diperlukan dengan kereta dan pengguna berbaris panjang untuk menggunakannya, terutama jika acara atau keramaian diadakan di Marudi.
Post a Comment