Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Kerajaan GPS mempunyai masalah aliran tunai?



KUCHING - "Adakah Kerajaan Negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai masalah aliran tunai membuatkan tak dapat membayar semula RM350 juta hutang kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak?," soal Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, bagi Kerajaan Negeri yang mendakwa mempunyai rizab RM31 bilion, orang mengharapkan bahawa tiada masalah untuk mengeluarkan RM350 juta bila-bila masa.

"Namun, nampaknya Kerajaan Sarawak kini melengahkan bayaran semula hutang RM350 juta.

"Mengapa Kerajaan Negeri GPS melambatkan pembayaran? Adakah mempunyai masalah aliran tunai atau kecairan bagi mendapatkan RM350 juta," soal Chieng Jen dalam kenyataan dimuat naik pada laman dapsarawak, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, PH Sarawak menyeru GPS mempercepatkan pembayaran semula RM350 juta agar sekolah daif di sini mendapat peruntukan tanpa sebarang kelewatan.

"Ini adalah peluang bagi GPS untuk menebus dosa mereka sejak 56 tahun dahulu.

"Jika tidak, GPS melihat sukar untuk mendapatkan wang itu, maka ada kebenaran apa dikatakan Lim Guan Eng sebulan lalu mengenai kemungkinan Sarawak menjadi bankrup jika Kerajaan GPS terus dengan cara ia membelanjakan wang negeri," jelasnya.

Fakta latar belakang:

1. Untuk permulaan, ia kelalaian teruk dan kegagalan tanggungjawab selama 56 tahun GPS (dulu BN Sarawak) bahawa Sarawak hari ini mempunyai lebih 1,000 sekolah daif

2. Hanya selepas PH menjadi Kerajaan Persekutuan tahun lalu, GPS mula mendesak bagi penyelesaian segera masalah ini, meminta Kerajaan PH menyelesaikan 56 tahun masalah dalam tempoh 1 ke 2 tahun

3. Mustahil bagi Kerajaan PH untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa singkat, terutama hutang trilion ringgit negara diwarisi daripada Kerajaan BN yang mana GPS sebahagian daripadanya.

4. Atas permintaan kerajaan negeri, kemudian ia dipersetujui Sarawak akan membayar RM1 bilion hutang Kerajaan Perkutuan dan wang ini akan diperuntukan bagi membaiki sekolah daif di sini. Peruntukan tambahan ini khas bagi dana pembangunan dan operasi tahunan bagi Sarawak

5. Malah, tidak pernah berlaku penghutang boleh memberitahu pemiutang bahawa 'jika saya bayar, anda mesti gunakan wang yang dibayar bagi kegunaan saya'. Itulah apa yang diminta Kerajaan Negeri Sarawak. Ia sepatutnya membayar hutang kepada kerajaan Persekutuan namun ia meletakkan syarat bahawa duit dibayar perlu disalurkan dan digunakan bagi Sarawak

6. Meskipun ia tidak pernah berlaku dan syarat pembayaran semula tak masuk akal, Kerajaan Persekutuan akur, demi kepentingan pelajar Sarawak di sekolah daif

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.