Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Mayat dijumpai dalam beg tepi sungai




gambar ihsan Bomba




  • BAU - Mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui di dalam beg pakaian berhampiran tebing sungai di Kampung Pangkalan Bau, di sini, petang tadi.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Ebby Hirwandy bin Sarbini berkata, sebanyak 14 anggota menggunakan jentera Lite Fire Rescue Tender (LFRT) dan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan kelokasi setelah menerima panggilan dari orang awam berkaitan kejadian pada jam 7.24 petang.

“Objek yang menyerupai beg pakaian dan mengeluarkan bau busuk telah dijumpai oleh orang awam yang melakukan aktiviti menangkap ikan di sungai berkenaan,”katanya.


Tambahnya lagi, pihak bomba tiba di lokasi kejadian telah menjumpai  satu beg bagasi berukuran 2x3 kaki yang dikunci. Bagasi tersebut telah dinaikkan keatas dengan menggunakan tali serta pengusung.

“Untuk memastikan kandungan di dalam beg bagasi tersebut, pihak bomba bersama pihak polis telah membuka dan mendapati satu mayat lelaki dalam anggaran umur 40 - 50 an dengan mata yang ditutup dengan pita pelekat,”katanya.



“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 8.23 petang,”katanya ketika dihubungi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.