Polis gempur dadah di Miri dan Bau
MIRI - Seorang tokan dadah yang merupakan penternak ayam di Bazar Trusan di Lawas ditahan polis dipercayai mengedar dadah kepada penduduk setempat sejak pertengahan 2018 pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Sarawak, Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis dari JSJ Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah menahan suspek berusia 36 tahun di dalam bilik sebuah pondok tidak beralamat, di Jalan Briwan, Long Tengoa, Trusan.
"Pemeriksaan di dalam pondok itu menjumpai sebotol plastik yang di dalamnya terdapat 25 keratan straw berwarna merah jambu yang setiap satu keratan mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, dianggarkan seberat 5.42 gram (RM1,250).
"Bukan itu saja, polis juga menemukan selaras senapang buatan sendiri beserta 25 butir peluru," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Tambahnya, suspek yang diuji positif dadah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan dibawa ke pejabat BSJND Lawas untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seramai 21 individu pula diberkas dalam operasi bersepadu JSJ Narkotik disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah Bau pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah, DSP Poge Nyaon berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 47 tahun dan dadah disyaki jenis syabu dirampas dianggarkan bernilai RM2,150.
“Kesemua yang ditahan didapati positif dadah dan mereka ditahan reman bermula 21 hingga 24 Julai untuk siasatan lanjut.
"Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) kerana positif dadah dan enam daripada suspek itu turut ditahan di bawah Seksyen 39a(1) ADB," ujarnya.

Post a Comment