Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Perompak pulangkan kembali wang dari kedai dirompak

Rakaman CCTV suspek merompak

PHILADELPHIA - Seorang perompak bertopeng mengembalikan wang yang diperolehi dari kedai rokok di sini berikutan tidak cukup untuk menampung kos pemindahan organ anak perempuannya.

Menurut CBS3, terdahulu perompak tersebut berjalan memasuki kedai rokok pada Isnin pagi lalu dan mengugut untuk menembak kerani jualan jika dia tidak membuka mesin wang.

"Sebaik mesin dibuka, pencuri itu merampas semua wang di dalamnya dan ingin lari, tetapi dia berpusing semula ke arah kerani jualan.

"Dengan tidak semena-mena, dia memulangkan semula wang tunai rampasannya berjumlah lebih kurang USD100 itu dan mengeluh yang duit itu tidak cukup untuk menampung kos pemindahan organ anak perempuannya," katanya.

Bagaimanapun, polis tetap memburu suspek walaupun tidak mengambil apa-apa dari kedai itu, yang mana dia masih berhadapan dengan tuduhan cubaan merompak.

Polis juga berkata, mereka ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan anak perempuan itu, dan mungkin dapat memberi bantuan kepada keluarganya.

Pihak berkuasa mempunyai idea mengenai identiti lelaki bertopeng itu dan operasi menjejakinya masih dijalankan.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.