Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Sarawak bakal gunakan tren hybrid



KUCHING - Sarawak kini mengkaji penggunaan sistem pengangkutan hibrid antara kereta api dan LRT (Sistem Autonomous Rapid Transit-ART) yang boleh membawa 400 orang penumpang dengan lima koc pada satu masa.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setiap koc boleh memuatkan 85 orang dan ia tidak memerlukan landasan kereta api kerana menggunakan tayar.

"ART mempunyai alat boleh membaca tanda yang diletakkan pada jalan raya dan ia boleh mengikutinya.

"Jadi cara baharu hibrid kereta api dan LRT ini kos lebih murah dan tak perlu membuat jejantas serta infrastruktur lain seperti di KL.

"Maka kecantikan nilai estetika Kuching dapat dipelihara dan insyaAllah ini satu agenda kita menjadikan bandar moden, didorong teknologi serta mesra di Malaysia," jelasnya lagi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.