Lelaki berdepan hukuman mati kerana membunuh
BAU: Seorang lelaki berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan(KK) kerana membunuh.
Mahkamah Majistret Bau hari ini menetapkan tarikh 21 Ogos ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Majistret Nuraini Ahmad membaca pertuduhan itu kepada Chong Kong Liang.
Tertuduh akan ditahan reman lanjut dan dihantar ke Penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh sebutan.
Sementara itu, suspek kedua wanita bsrusia 55 tahun dibebaskan dan dijadikan saksi bagi kes tersebut.
Majistret Nuraini Ahmad membenarkan wanita itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM5,000 serta seorang penjamin tempatan.
Dia juga diarahkan untuk menjadi saksi utama dan memberi keterangan bagi kes bunuh itu.
Menurut fakta kes, pada 19 Julai lalu, satu beg berwarna hitam dijumpai terapung di bawah Jambatan Sungai Sarawak Kanan, Kampung Pangkalan Bau.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat satu mayat lelaki yang memakai pakaian berwarna hitam, seluar warna kelabu dan kepala dibalut dengan pita pelekat berwarna kuning serta tangan diikat.
Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong mengesahkan mangsa dikenali sebagai Wong Sie Tuang yang berumur dalam lingkungan 50-an.

Post a Comment