RM1.94 billion dibayar kepada Akaun Hasil Sarawak
Sejak bulan Mei 2018 sehingga kini, PETRONAS telah membuat Bayaran Tunai bagi pengeluaran petroleum terus kepada Akaun Hasil negeri Sarawak dan Sabah masing-masing sebanyak RM1.94 bilion dan RM1.73 bilion bagi membiayai keperluan perbelanjaan yang ditentukan oleh kerajaan negeri.
Jawapan ini diberikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila beliau menjawab soalan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.
“Di Parlimen tempoh hari saya telah minta Menteri Kewangan menyatakan apakah mekanisme yang diambil oleh Kerajaan bagi membuat pembayaran royalti kepada negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak serta jumlah terkini pembayaran royalti sejak Mei 2018 sehingga kini mengikut negeri dan jaminan perbelanjaan telus dan berhemah untuk kepentingan rakyat terutama yang miskin,” tulis Anwar di facebook.
“Bagi pengeluaran petroleum di Semenanjung Malaysia, tiada Bayaran Tunai dibuat oleh PETRONAS kepada mana-mana negeri termasuk negeri Kelantan dan Terengganu oleh kerana kesemua lokasi medan petroleum berada melebihi tiga batu nautika di luar perairan negeri-negeri.
Namun, Kerajaan Persekutuan membuat bayaran dalam bentuk Wang Ehsan kepada negeri Kelantan dan Terengganu bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri-negeri tersebut memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri.”
Catatan itu mendapat berbagai reaksi daripada netizen. Setakat ini sudah 384 komen diberikan, majoriti daripada mereka bagaimanapun sekadar membuat "troll" dengan menempelkan video lama orang mengangkat tilam sekitar kes perbicaraan liwat Anwar terdahulu, bertanyakan bila harga minyak akan turun dan ada juga mengecam kerajaan pusat kerana didakwa menipu Kelantan.

Post a Comment