Jambatan Kuala Kemena jadikan Lapangan Terbang cuma 6 kilometer dari bandar Bintulu
![]() |
| Cantik... Ketua Menteri dan tetamu kenaaman melihat model jambatan cable stayed |
BINTULU - Jambatan Kuala Kemena Jepak menyeberangi Kuala
Kemena ke Bandar Bintulu akan memendekkan jarak perjalanan dari lapangan
terbang Bintulu ke Bandar Bintulu dari lebih 20 kilometer kepada lebih 6
kilometer sahaja.
“Maknanya kita ada jimat 14 kilometer,” kata Menteri Muda
Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi.
Julaihi berkata jambatan itu merupakan satu lagi
rangkaian jalan pesisir yang diusaha dan dibina oleh Kerajaan Sarawak.
“ Jambatan yang reka bentuknya berupa “cable stayed” ada
mempunyai empat lorong,” tambah Julaihi.
Majlis Pecah Tanah Jambatan Kuala Kemena Jepak Bintulu
hari ini merupakan majlis pecah tanah yang kedua selepas majlis pecah tanah
yang pertama bagi rangkaian jalan pesisir dari jalan Pasi Sarikei menuju
Tanjung Manis Mukah dan Jambatan Batang Rajang Sarikei pada 6 April 2019 yang
lalu yang turut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak.
“Majlis ini pentingkerana ianya menandakan bermulanya
kerja-kerja pembinaan jambatan Kuala Kemena Jepak Bintulu, bukan setakat majlis
pecah tanah sahaja tetapi bermulanya kerja-kerja pembinaan sehingga jambatan
ini siap dalam masa 48 bulan yang akan datang,” tegas Julaihi.
Jambatan Kuala Kemena, Jepak Bintulu ini merupakan salah
satu daripada pelengkap kepada rangkaian jalan pesisir.
“Keseluruhan jalan pesisir yang panjangnya 896 km dari
selatan hingga ke utara yang ada kinek tuk dan seterusnya jambatan tuk dijangka
boleh membuka ruang dan memberi nafas baru malah menjadi nadi kepada
pembangunan seluruh kawasan pesisir dari selatan hingga ke utara Sarawak
khususnya di Bahagian Bintulu.
“Malahan kesan pembinaan jambatan tuk akan dirasa di
seluruh Sarawak. Juak kita nak madah pembinaan Jambatan Kuala Kemena tuk adalah
usaha berterusan yang dirancang dan dipolah
oleh Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri
Datuk Patinggi Abang Jo dan seluruh kepimpinan Kerajaan GPS Sarawak yang ada pada hari ini,” jelas beliau.

Post a Comment