Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Selasa depan Hari Kelepasan Am bagi negeri Sarawak



KUCHING: Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Negeri Sarawak di bawah Seksyen 5 Public Holidays Ordinance [Cap. 8 (1958 Ed.

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, berkata, selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan Hari Kelepasan Am Tambahan tersebut jatuh pada 30 Julai 2019 (Selasa).

"Perenggan 104(1)(b) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) memperuntukkan mana-mana cuti tambahan yang diwartakan oleh Kerajaan adalah hari kelepasan am berbayar yang wajib diberi kepada mana-mana pekerja sektor swasta yang diliputi di bawah Ordinan tetapi majikan boleh menggantikan cuti tersebut pada hari lain.

"Walau bagaimanapun, sekiranya pekerja dikehendaki untuk bekerja pada hari berkenaan, pekerja hendaklah dibayar mengikut kadar gaji bekerja pada hari kelepasan am sebagaimana diperuntukkan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)," katanya.

Justeru, katanya, para majikan sektor swasta hendaklah mematuhi peruntukan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) berkenaan dengan pemberian hari kelepasan am berbayar tersebut kepada pekerja serta pembayaran gaji kepada pekerja yang dikehendaki untuk bekerja pada hari tersebut.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.