Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Lori Ditahan Bawa Kayu Batak Bernilai RM10, 000





KUCHING: Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menahan sebuah lori di Jalan Matang - Batu Kawah kira kira jam 1645 petang.

 Jurucakap JHS berkata tangkapan yang dilakukan sekitar 1645 petang itu oleh sepasukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

“Kita menahan dan memeriksa sebuah lori yang membawa muatan batang kayu batak, dan mendapati pemandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan kayu batak yang dibawa. 

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut membawa 36 batang kayu batak pelbagai saiz tanpa sebarang tanda Jabatan Hutan Sarawak dan ini merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 95 (1), Ordinan Hutan Sarawak 2015”, katanya.

Anggaran nilai rampasan adalah berjumlah RM10,000.00 Kesemua barang kes termasuk sebuah lori, 5 unit anak kunci lori dan sekeping kanvas telah disimpan di Pejabat Hutan Wilayah Kuching untuk tindakan lanjut.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.