Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Warga emas rempuh kedai mesra

Gambar dari media sosial


KOTA SAMARAHAN - Seorang warga emas dikatakan tertekan pedal minyak menyebabkan pacuan empat roda (4x4) dipandu melanggar kereta di depannya sebelum kedua-dua merempuh ke dalam Kedai Mesra Petronas, di KM12, Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya (Stesen Minyak Petronas Indah Marak Kota Samarahan) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 1.40 petang.

"Pemandu 4x4 berusia 66 tahun pada masa itu berhenti untuk mengisi minyak namun semasa hendak mengalih kenderaan ke hadapan sedikit, dia tertekan minyak sebelum hilang kawalan.

"Ia menyebabkan 4x4 itu melanggar kereta di depannya dan menolak hingga memasuki dalam kedai berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, kedua pemandu dan tiga penumpang kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes masih dalam siasatan dan disiasat dibawah RULE 10 LN166/59," jelasnya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.