Seorang maut, dua parah
BINTANGOR: Seorang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanker membawa minyak milik Petronas dengan sebuah Toyota Hilux di KJD Julau, Bintangor, petang tadi.
Mangsa yang maut seorang lelaki dikenali Bruin ak Sidu,41, manakala dua mangsa yang cedera parah ialah pemandu, Gerunsin ak Sidu,32, dan
Siman ak Kanang,66.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Sarawak Penguasa Kanan Bomba I, (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.52 petang.
"Kemalangan menyebabkan tiga orang tersepit di dalam kenderaan Hilux manakala pemandu lori dan kelindan tiada mengalami kecederaan.
"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit terus dijalankan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan ketiga-tiga mangsa iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita berjaya dikeluarkan," katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera seterusnya diserahkan kepada ambulans hospital Sarikei untuk tindakan seterusnya.




Post a Comment