Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Tindakan pantas penghuni selamatkan rumah Malong


SARIKEI: Tindakan pantas penghuni berjaya menyelamatkan rumah Malong, Sungai Melaban Sare, dari hangus terbakar, petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Sarawak Penguasa Kanan Bomba I, (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.31 petang.

"Litar pintas berlaku pada suis kawalan kipas siling di bilik pintu nombor lima iaitu bilik Tuai Rumah itu sendiri.

"Api berjaya dipadamkan oleh penghuni menggunakan unit alat pemadam api," katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba memastikan keadaan selamat dan juga menghubungi pihak Sesco untuk hadir ke lokasi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.