Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Love Sarawak Through History



BINTULU, 18 Julai-Sempena Sambutan Hari Sarawak 2019, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri akan menganjurkan Program Love Sarawak Through History yang akan mengandungi beberapa aktiviti seperti Kuiz - 20 Julai 2019 di SMK Bintulu, Pengisahan - 20 Julai 2019 di SK Agama (Majlis Islam Sarawak), Mewarna  pada 21 Julai 2019 di The Springs dan Forum pada 21 Julai 2019 di The Springs.

Objektif Pertandingan Kuiz Sempena Hari Sarawak Peringkat Negeri 2019:

Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai Sejarah Sarawak dan perkembangan semasa dalam kalangan peserta.

Mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, ekonomi dan sosial Sarawak.

Menyemai semangat kesefahaman dan setia kawan dalam kalangan generasi muda bakal pemimpin dan peneraju masa depan Sarawak.

Meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat dalam kalangan peserta.
Mendedahkan aplikasi Kahoot kepada warga sekolah dan murid

Tema pertandigan adalah sejarah sarawak dulu hingga sekarang dan generasi masa akan depan.
Kumpulan sasaran para pelajar Tahap 1 Sekolah Menengah yang melibatkan pelbagai kaum di Sarawak.

Pertandingan Pengisahan Tokoh Kemerdekaan Sarawak pula bertujuan menggalakkan pelajar menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa – peristiwa bersejarah dan juga tokoh – tokoh yang telah diiktiraf kejayaan dalam mencapai kemerdekaan Sarawak sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri masyarakat di Sarawak.

Ia juga untuk mewujudkan ruang yang boleh digunakan oleh generasi muda untuk mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi mengenai program - program pengisian kemerdekaan yang
telah dilaksanakan oleh para pemimpin negara dan juga tokoh – tokoh yang berjuang demi Sarawak.

Disamping itu, ianya memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh Sarawak semasa berjuang menentang penjajahan dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan
bermaruah.

Tema ialah Tokoh Kemerdekaan Sarawak dan kumpulan sasaran adalah pelajar-pelajar Tahap 2 Sekolah Rendah yang melibatkan pelbagai kaum di Sarawak.

Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Sarawak bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam bidang seni dan menanamkan rasa cinta terhadap Negeri Sarawak, dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan falsafah pendidikan  kebangsaan menjurus kepada jasmani emosi rohani dan intelektual (jeri) dalam aktiviti kesenian yang sihat serta bermoral, menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni yang ada pada murid prasekolah dan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat seni yang ada pada mereka. 

Yang terlibat ialah murid prasekolah berumur 6 tahun ke bawah, murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan murid Tadika Kemas, Tadika Perpaduan dan Tadika Swasta di Bahagian Bintulu.

Objektif dan tujuan pertandingan Forum Remaja sempena Hari Sarawak 2019 ialah memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penubuhan dan sejarah Negeri Sarawak seterusnya menanam semangat cintakan negeri, memupuk perasaan bangga dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak, menanam perasaan cintakan negeri Sarawak dalam kalangan generasi muda terutamanya para pelajar di sekolah, mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Ianya juga bertujuan melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam kegiatan koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari idea yang berna

Objektif dan tujuan pertandingan Forum Remaja sempena Hari Sarawak 2019 ialah memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penubuhan dan sejarah Negeri Sarawak seterusnya menanam semangat cintakan negeri, memupuk perasaan bangga dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak, menanam perasaan cintakan negeri Sarawak dalam kalangan generasi muda terutamanya para pelajar di sekolah, mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Ianya juga bertujuan melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam kegiatan koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari idea yang bernas dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan. 

Secara tidak langsung pertandingan ini membina hubungan kerjasama antara sesama pelajar, dan pelajar dengan guru, meningkatkan imej dan sinergi MESTR melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah yang terlibat dan para penaja.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah kerajaan Tingkatan 4, 5 dan 6 di seluruh sekolah Bahagian Bintulu, Sarawak.

Majlis penutupan dan penymapaian hadiah akan diadakan pada 21 Julai di The Spring Mall oleh Dr Annuar Rapaee, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi dan Penyelidikan Sarawak.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.