Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Ular kejutkan surirumah


Gambar ihsan Bomba



BINTANGOR - Seorang surirumah terkejut apabila menerima tetamu yang tidak diundang awal pagi tadi di dalam dapur rumah beliau di Jalan Sebuloh, dekat sini.

Tanpa melengahkan masa, wanita itu segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor pada jam 3.15 pagi memohon bantuan.

Setibanya pihak Bomba di lokasi yang di laporkan mereka melihat terdapat seekor ular cincin emas berada di tingkap rumah si pelapor.

Anggota bomba bertindak menggunakan penjerut ular untuk menjerut ular cincin emas tersebut dan kemudiannya melepaskannya ke habitat asal di dalam hutan berhampiran.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.