Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Penyeludup cuba sogok PGA dengan RM58,000



SERIAN – Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuching berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 1,216 katon rokok pelbagai jenis bernilai anggaran RM200,640.00 dalam operasi ‘Op Libas’ yang dijalankan di kawasan sebuah stor di Kampung Triboh, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, Supt Rosdi Inai berkata, operasi dijalankan oleh 9 pegawai dan anggota dari Unit Risik Batalion 11 PGA diketuai oleh ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff dengan kerjasama 3 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 12.30 tengahari atas risikan dan maklumat yang diperolehi.

"Sebanyak 1,216 katon rokok pelbagai jenis disembunyikan di dalam stor itu berjaya ditemuikan dan hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki Iban yang dipercayai pemilik stor gagal mengemukakan sebarang dokumen berhubung penemuan barang berkenaan.

"Lelaki tempatan berusia 56 tahun itu juga ditahan kerana cubaan memberi suapan kepada penjawat awam sebanyak RM58,700 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.


Tambahnya, hasil maklumat yang diperolehi, barangan itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan akan dipasarkan di pasaran tempatan.

"Kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

"Bagi kes cubaan memberi suapan kepada penjawat awam kes diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat mengikut Akta SPRM yang boleh membawa hukuman denda minimum 5 kali nilai suapan atau denda RM 10,000 (mana yang lebih tinggi), atau penjara sehingga tempoh 20 tahun jika sabit kesalahan," jelasnya.

Rosdi berkata,  orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa khususnya PDRM dalam membanteras dan mencegah jenayah.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.