Farhash cabar KPN tangkap Azmin
KUALA LUMPUR - "Jika IGP (Ketua Polis Negara) mempunyai kredibiliti, pergi tahan Azmin Ali, mengapa tangkap orang yang tak bersalah, tangkap dia soal siasat dia," luah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas dibebaskan hari ini.
Menurutnya, dia percaya terdapat konspirasi politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilihat kebanyakan polis yang ditemuinya sepanjang lapan hari ditahan.
"Kebanyakan polis yang saya temui, mereka semua tertanya, kenapa Azmin Ali tak ditahan, tapi saya ditahan," katanya selepas dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira jam 3.50 petang tadi.
Tambahnya yang turut mempersoalkan kewajaran dia ditahan, polis boleh sahaja menghubunginya untuk mengambil keterangan malah tiada satu laporan polis terhadapnya dan rupanya tidak pun seperti Azmin Ali.
Jelasnya lagi, mereka pilih untuk menahan dia seperti pembunuh, pesalah tahap rendah dan cuba mengenakan penalti paling tinggi Seksyen 377B Kanun Keseksaan, cuba reman maksimum tujuh hari dan dilanjutkan tujuh hari lagi namun bernasib baik peguam bela dapat mempertikaikannya.
"Permohonan reman kedua pula menggunakan seksyen lebih rendah, malah polis pun keliru," ujarnya.
Bagaimanapun, Farhash juga mengucapkan terima kasih kepada IGP kerana telah memberinya cuti selama lapan hari, tetapi rasa malangnya dia bukan Azmin Ali dan seeloknya nak bagi berehat bagi kepada Azmin Ali.
Ketika ditemui media, Farhash Wafa juga sempat berkongsi petikan dipelajari dekat dinding sel yang mana 'if law become injustice, reformasi become a duty.

Post a Comment