Segugus anggur berharga RM45,000
Jepun - Segugus anggur merah sebanyak 24 biji telah ditawarkan pada satu lelongan dengan harga bidaan tinggi bernilai USD11,000 (RM45,000), mencipta rekod sebagai anggur termahal di dunia.
Pelelong di Kanazawa berkata, ahli perniagaan Takashi Hosokawa, yang merupakan pemilik rangkaian hotel di Wilayah Ishikawa, membuat bidaan tertinggi untuk segugus anggur Ruby Roman, yang memasuki pasaran pada 2008 dan terkenal dengan kadar gula tinggi serta jus rendah asid.
Hosokawa memberitahu pemberita, tawarannya sebanyak 1.2 juta yen itu adalah bagi meraikan ulang tahun ke 12 sejak baka anggur itu diperkenalkan di pasaran yang juga hari lelongan pertama Reiwa dan hari pertabalan Maharaja Naruhito.
Hanya kira-kira 26,000 biji anggur Ruby Roman sahaja dijangka akan dijual pada tahun ini.
Bilangan yang tidak banyak itu ditetapkan bagi mengawal permintaan supaya makanan eksklusif itu sentiasa kekal pada harga tinggi.
Ada siapa berani beli tak? 😂

Post a Comment