Pakatan Harapan sudah bersedia, Chong
KUCHING - Pakatan Harapan (PH) adalah parti nasional namun Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanyalah parti tempatan," jelas Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen semalam.
Menurut Pengerusi DAP Sarawak, sekiranya rakyat mahukan membawa perubahan kepada negara dan Sarawak, maka memerlukan parti nasional yang bersatu.
"GPS sering menghangat-hangatkan sentimen parti tempatan dan menyebut kita PH parti Malaya. Ini memang satu mesej amat mengelirukan dan bukan benar.
"Malah jika anda mahukan perubahan sistem lebih baik dan negara lebih bagus, memerlukan kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Negeri untuk membawa perubahan memanfaatkan rakyat," katanya.
![]() |
| Mak... Kawan datang, nak makan. |
Sehubungan itu, Chieng Jen memberitahu, kita tidak boleh mempunyai kerajaan Negeri yang sentiasa menentang Persekutuan.
"Ia hanya akan bermanfaat kepada golongan elit di negeri, bukan untuk kepentingan orang awam di Sarawak," jelasnya.
Terdahulu, Chieng Jen menyatakan PH mencatat sejarah buat pertama sekali pucuk pimpinan keempat komponen parti bersama dalam himpunan majlis makan malam semalam.
Jelasnya, ia merupakan langkah pertama memberikan mesej kuat dan jelas kepada kerajaan GPS bahawa kita (PH) akan datang.
"Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menjadi pertempuran abad bagi Sarawak di sini.
"PRN akan datang akan menyaksikan persaingan antara G2G (kerajaan dengan kerajaan)," ujarnya.


Post a Comment